Pages

Monday, March 12, 2012

10 Senarai Bangunan Tertinggi di Dunia

1. Burj Khalifah, Dubai, Emeriah Arab Bersatu.


Merupakan sebuah pencakar langit teramat tinggi yang didirikan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu, dan juga struktur binaan manusia tertinggi yang pernah dibina dalam sejarah, pada 828m. Bangunan ini mempunyai 163 tingkat dan pembinaannya mengambil masa selama lebih kurang 5 tahun. Siap dibina pada tahunn 2009.

Burj Khalifah telah dirasmikan pembukaannya pada 4 Januari 2010. Bangunan ini mempunyai lift tercepat dengan kecepatan 60 km / jam. Bangunan ini memiliki rekod lantai terbanyak: 163 lantai (sebelumnya dipegang oleh Willis Tower dan World Trade Center – 110 Lantai).















2. Taipei 101, Taipei Taiwan.
Taipei 101 ialah sebuah pencakar langit yang mempunyai 101 tingkat dan terletak di ibu kota Taiwan iaitu Taipei. Mempunyai ketinggian setinggi 509m.  Mula dibina pada tahun 1999 dan siap pada tahun 2004. Dibuka secara rasmi pada 31 December 2004.

Bangunan ini mempamerkan penggunaangentian optik dan capaian internet menggunakan satelit yang mencapai kelajuan sehingga 1 gigabit per saat. Lifnya mampu membawa pengunjung daripada tingkat bawah ke tingkat 89 dalam masa kurang daripada 39 saat. Pengunjung juga boleh menaiki tangga ke balai pemerhati di tingkat ke-91. Sebuah teknologi mengawal kesan bencana alam terletak di tingkat ke-88 mampu mengawal kestabilan bangunan terhadap ancaman gempa bumi, taufan, dan angin. Teknologi ini mampu mengurangkan sehingga 40% pergerakan menara.




















3. Pusat Kewangan Dunia Shanghai, China



Pusat Kewangan Dunia Shanghai adalah menara mega tinggi yang terletak di Shanghai, China. Menara ini mempunyai pelbagai kegunaan seperti pejabat, hotel, muzium, geladak pemerhati, medan letak kereta dan kedai.

Menara pencakar langit tersebut ini mencapai ketinggian 494.4m dan siap dibina pada tahun 2008. Dibuka secara rasmi pada 30 ogos 2008. Ia juga mempunyai 101 bilangan tingkat



Features yang paling khas dari design bangunan adalah lubang berukuran besar di puncak yang bertujuan untuk mengurangkan tekanan angin. Bangunan ini letaknya bersebelahan dengan Jin Mao Tower.









4. Pusat Perdagangan Antarabangsa, Hong Kong

Pusat Perdagangan Antarabangsa, Hong Kong ini mempunyai bilangan tingkat sebanyak 118 tingkat, dan setinggi 484m. Buat masa ini, ia merupakan bangunan keempat tertinggi di dunia serta bangunan tertinggi di Hong Kong.

Pembinaannya bermula pada tahun 2007 dan dibangunkan secara berperingkat dari 2007 hingga 2010. Menara ini dibuka pada tahun 2011, dengan pembukaan Hotel Ritz-Carlton pada akhir Mac dan balai cerap pada awal bulan April.



















5. Menara Berkembar Petronas (KLCC), Kuala Lumpur, Malaysia


Menara Kembar Petronas (juga dikenal sebagai Petronas Tower atau KLCC) adalah Bangunan pencakar langit dan menara kembar di Kuala Lumpur, Malaysia. Mula dibina pada tahun 1992 dan siap pada tahun 1998. Menara ini dibuka secara rasmi semasa sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-42 iaitu 31 Ogos 1999

Menara Kembar Petronas adalah bangunan tertinggi di dunia selama enam tahun, sejak 1998 sampai Taipei 101 selesai pada tahun 2004, tapi tetap merupakan bangunan kembar tertinggi di dunia. Bangunan ini memiliki ketinggian 452 meter dengan 88 tingkat.












6. Nanjing Greenlad Financial, China
Nanjing Greenland Financial ComplexNanjing Greenland Financial Center atau (Greenland Square Zifeng Tower) bangunan pencakar langit setinggi 450 meter yang siap dibina pada April 2010 di Nanjing, China. Bangunan 89 tingkat terdiri daripada ruang runcit dan pejabat di bahagian yang lebih rendah, restoran dan balai cerap awam berhampiran atas.
Menara yang menghadap ke Tasik Xuanwu, menjadi bangunan kedua tertinggi di China dan bangunan 5 tertinggi di dunia apabila mendahului pada tahun 2008. Dek pemerhati di tingkat 72, 287 m (942 kaki) di atas tanah, memberikan pemandangan yang tidak terhalang kepada panorama Nanjing dan Sungai Yangtze berdekatan, dua tasik dan gunung Ningzheng Ridge.







7. Menara Willis, Chicago Amerika Syarikat
Willis Tower, sebelumnya bernama Sears Tower, adalah bangunan 108 tingkat dengan ketinggian 442 m di Chicago, Illinois. Semasa pembinaanya siap pada tahun 1974, ia merupakan bangunan tertinggi di dunia, melepasi Menara World Trade Center di New York. Rekod ini dipegang selama hampir 25 tahun. 

Meskipun hak Sears terhadap penamaan berakhir pada tahun 2003, bangunan ini terus disebut Sears Tower selama beberapa tahun. Pada bulan Mac 2009, Willis Group Holdings Ltd, setuju untuk menyewakan sebagian bangunan dan memperoleh hak penamaan gedung. Pada tanggal 16 Julai 2009, bangunan ini rasmi berganti nama menjadi Willis Tower.













8. Guangzhou International Financial Center, China

Bangunan ini memiliki 103 tingkat dengan ketinggian setinggi 440 m. Struktur bangunan dirancang oleh Wilkinson Eyre, dan pembinaan bermula pada Desenber 2005. Bangunan pencakar langi ini telah siap dibina pada tahun 2010 yang memuatkan pusat konferensi, hotel dan pejabat. 

Tingkat 1-66 digunakan untuk ruang pejabat, tingkat 67-68 adalah peralatan mekanik, tingkat 69-98 merupakan Hotel Four Seasons dan di tingkat 99 dan 100 akan ada sebuah dek observasi. Lobi hotel ini terletak di tingkat 70.














9. Menara Jin Mao, Shanghai China


Jin Mao Tower ("Bangunan Kesempurnaan Emas") adalah mercu tanda bangunan pencakar langit 88 tingkat setinggi 421m di kawasan Lujiazui daerah Pudong Shanghai, Republik Rakyat China. 

Ia mengandungi pejabat dan hotel Shanghai Grand Hyatt. Sehingga tahun 2007, ia adalah bangunan tertinggi di Republik Rakyat China. Tingginya telah dikalahkan oleh Pusat Kewangan Dunia Shanghai pada 14 Desember 2007, yang terletak di sebelah bangunan ini. 















10.International Finance Center, Hong Kong
International Finance Centre merupakan pembangunan bersepadu perdagangan di kawasan dermaga Daerah Central di Hong Kong. IFC terdiri daripada dua bangunan pencakar langit, IFC Mall, dan 55 tingkat Four Seasons Hotel Hong Kong. Tower 2 adalah bangunan kedua tertinggi di Hong Kong, di selepas Pusat Perdagangan Antarabangsa di West Kowloon. 

Mempunyai ketinggian setinggi 416.8m dan siap pada tahun 2003. Pada 2003, Financial Times Kewangan, HSBC, dan Cathay Pacific meletakkan iklan pada permukaan bangunan yang menjangkau lebih daripada 50 tingkat, yang meliputi 1 kawasan dari 19.000 m² (0.2 juta persegi ka) dan  panjang 230m, menjadikannya iklan di dunia terbesar pernah diletakkan pada pencakar langit.







7 Benda Ajaib Di Dunia


1) Tembok Besar China yang mempunyai lebih 24,000 pintu gerbang dan panjang 6.400 kilometer.

Tembok Besar China (Cina TradisionalCina Ringkaspinyin: Chángchéng; harf. "bandar/kota panjang") atau (Cina TradisionalCina Ringkaspinyin: Wànlǐ Chángchéng; harf. "Tembok panjang 10,000 Li ()"[1]), merupakan satu siri kubu China silam yang dibina sekitar 200 SM dan diperkukuh antara akhir abad ke-14 sehingga permulaan abad ke-17, semasa Dinasti Ming, untuk melindungi utara China daripada serangan puak Mongol dan Turkik. Ia didahului oleh beberapa tembok dibina semenjak abad ke-3 SM terhadap perompak puak-puak nomad yang datang dari kawasan yang dikenali hari ini sebagai Mongolia dan Manchuria.
Panjang Tembok Besar China ini ialah kira-kira 6,400 km,[2] daripada Shanhaiguan sehingga ke Teluk Bohai di sebelah timur yang terletak berhampiran dengan sempadan China dan Manchuria, sehingga Lop Nur di sebelah tenggara wilayah Xinjiang. Pada 2009, satu tinjauan arkaeologi baru menggunakan teknologi termaju melaporkan yang panjang keseluruhan tembok, dengan segala cabangnya, menjangkau 8,851.8 km (5,500.3 bt).[3][4]

[sunting]Sejarah

Sebuah tembok pertahanan telah dibina di sempadan utara pada dinasti Qin dan dipelihara oleh dinasti-dinasti seterusnya. Lima pembinaan semula utama telah dicatatkan:
  1. 208 SM (Dinasti Qin)
  2. Abad ke-1 SM (Dinasti Han)
  3. Abad ke-7 (Dinasti Sui)
  4. 1138 - 1198 (Zaman Lima Dinasti dan Sepuluh Negara)
  5. 1368 - 1640 (Dari Maharaja Hongwu sehingga Maharaja Wanli pada Dinasti Ming)
Tembok besar pertama telah dibina sewaktu pemerintahan Maharaja Pertama Dinasti Qin. Tembok Besar telah dibina dengan menggabungkan beberapa tembok sedia ada yang dibina pada Zaman Negara-Negara Berperang. Tembok Besar asal ini terletak lebih utara dari Tembok Besar yang masih wujud hari ini, dan hujung timurnya sampai di Korea Utara hari ini. Tetapi sebahagian besar tembok besar pertama ini sudah binasa.
Kerajaan telah mengarahkan para petani membina tembok ini, dan ramai yang mati ketika membinanya. Oleh itu, ia juga digelar 'kubur terpanjang di Bumi'.
Tembok Besar yang kita lihat hari ini ialah hasil pembangunan Dinasti Ming. Bahagian dalam tembok berisi tanah yang bercampur dengan batu-batan. Bahagian atasnya dibuat jalan utama untuk pasukan berkuda Negeri China. Ia lebih kukuh dan tahan lebih lama. Fungsi utama tembok ini ialah untuk menahan serangan puak-puak nomad dari utara.
Tembok Besar Dinasty Ming bermula di timur dari Kubu Shanhai, dekat Qinhuangdao di Wilayah Hebei. Ia melalui 9 wilayah, 100 daerah dan bahagian 500 km terakhir di barat sudah musnah sepenuhnya. Hujung di bahagian baratnya hari ini terletak di tempat bersejarah Jiayuguan (kubu Jiayu) di barat laut wilayah Gansu, pada hujung Jalan Sutera


2) Piramid yang dibina dengan 2,500,000 blok batu besar yang tersusun rapi. Piramid Giza:keajaiban dari bangsa mesir kuno.

3) Taj Mahal istana yang dibina oleh Maharaja India, Shah Jahan untuk isterinya Mumtaz
Taj Mahal (Bahasa Hindi:ताज महल)yang terletaknya di tebing Sungai Jumna, berhampiran AgraIndia, merupakan makam yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan (1614-1666) sebagai monumen peringatan untuk Mumtaz Mahal, isterinya yang kelima. Mula dibina pada 1632 dan siap 1648.
Kadang kala Taj Mahal dipanggil dengan singkatan 'Taj' sahaja, ia adalah contoh terbaik Senibina Mughal yang menggabungkan senibina ParsiTurki , India dan dan gaya senibina Islam. Arkitek utama bangunan ini ialah Ustaz Ahmad Lahauri . Taj Mahal merupakan sebuah kompleks bersepadu iaitu mempunyai bahagian makam, dewan, taman rekreasi , masjid, menara tinjau dan lain-lain. Tahun 1983 UNESCO mengisytiharkan Taj Mahal sebagai Tapak Warisan Sedunia yang perlu dilindungi . Bangunan ini dikatakan 'permata senibina Islam'

4) Candi Borobudur yang terletak di Jawa
Borobudur ialah kuil atau candi agama Buddha yang terletak di desa Boro , Kabupaten MagelangJawa TengahIndonesiaBorobudurterletak kira-kira 100 km di barat daya Semarang dan 40 km di sebelah barat laut Yogyakarta. Luasnya 2500 km persegi.
Borobudur adalah stupa Buddha mazhab Mahayana, dan monumen Buddha terbesar di dunia. Ia dibina antara tahun 750 dan 850 Masihi oleh pemerintah Jawa Dinasti Sailendra dan Sanjaya.
1950 Sejarawan J.G. de Casparis kajian Ph.D beliau menyatakan Borobudur adalah tempat pemujaan. Dengan analogi prasasti Karangtengah dan Kahulunan, Borobudur dibina oleh raja dari dinasti Syailendra bernama Samaratungga sekitar 824. Candi raksasa hanya siap 50 tahun kemudian ketika puterinya Ratu Pramodhawardhani memerintah. Kuil Borobudur dibina atas tanah bukit hanya setinggi 265 meter dari dasar laut dan 15 meter tinggi.

5) Angkor Watt di Kemboja
Angkor Wat dibina oleh Raja Suryavarman II pada pertengahan abad ke 12. Pembinaan Angkor Wat memakan masa selama 30 tahun. Angkor Wat terletak di dataran Angkor di Kemboja yang juga dipenuhi binaan kuil-kuil yang indah-indah, tetapi Angkor Wat merupakan kuil yang paling terkenal di dataran Angkor.Ia merupakan bangunan keagamaan yang terbesar di dunia dan juga merupakan satu hasil binaan tunggal yang terbesar di Asia Tenggara. Raja Suryavarman II membina Angkor Wat menurut kepercayaan Hindu yang meletakkan gunung Meru sebagai pusat dunia dan merupakan tempat tinggal dewa-dewi Hindu, dengan itu menara tengah Angkor Wat adalah menara tertinggi dan merupakan menara utama dalam binaan Angkor Wat. Di bawah pemerintahan Jayawarman VII telah terlaksana pembinaan kompleks Angkor Thom dengan temboknya sepanjang 10 batu, Bayon yang mempunyai banyak menara, dan lain-lain kuil yang tidak terkira banyaknya.
Sebagaimana dongeng gunung Meru, kawasan kuil Angkor Wat dikelilingi oleh dinding dan terusan yang mewakili lautan dan gunung yang mengelilingi dunia. Jalan masuk utama ke Angkor Wat yang sepanjang setengah kilometer dihiasi susur pemegang tangan dan diapit oleh tasik buatan manusia yang dikenali sebagai Barays. Jalan masuk ke kuil Angkor Wat melalui pintu gerbang, mewakili jambatan pelangi yang menyambungkan antara alam dunia dengan alam dewa-dewa.
Angkor Wat berada dalam keadaan yang baik berbanding dengan kuil lain di dataran Angkor disebabkan Angkor Wat telah ditukar menjadi kuil Buddha dan digunakan secara berterusan apabila kepercayaan Buddha menggantikan kepercayaan Hindu di Angkor pada abad ke 13. Kuil Angkor pernah dijajah oleh Siam pada tahun 1431.

6) Taman Tergantung Babylon yang dibina lebih 3,000 tahun yang lalu

Taman Tergantung Babylon (juga dikenali sebagai Taman Tergantung Semiramis) dan tembok-tembok Babylon (kini Iraq) telah dipertimbangkan untuk menjadi salah satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia. Kedua-duanya telah dibina oleh Raja Nebuchadnezzar II (604-562 BC), anak kepada Nabopolassar yang telah menguasai Kerajaan Babylon dan mengakibatkan berakhirnya tamadun Mesopotamia yang selama ini dibawah pimpinan Raja Hammurabi (1792-1750 BC). Taman tergantung Babylon terletak sekitar 50 kilometer selatan Baghdad, Iraq di sebelah tebing timur Sungai Euphrates.
Taman Tergantung ini juga telah dicatatkan dalam sejarah Yunani seperti oleh Strabo dan Diodorus Siculus, tetapi tidak banyak bukti yang menyokong akan kewujudannya. Sesetengah bukti yang dikumpulkan ketika penggalian istana Babylon hanya menunjukkan sesuatu yang umum tetapi tidak menunjukkan lebih dari sekadar hiasan yang menarik. Sesetengah berpendapat yang lokasinya mungkin telah dikelirukan oleh masa yang terlalu lama tambahan pula dengan kewujudan sebuah taman di Nineveh kerana jelas batu-batu bersurat di sana lebih menunjukkan yang taman itu telahpun dijumpai. Tulisan pada batu itu menunjukkan sesuatu alat yang digunakan seakan-akan Skru Archimedes untuk mengangkat air ke tempat tinggi.
Menurut sesetengah sumber, taman tersebut dibina untuk menggembirakan isteri Nebuchadnezzar, Amyitis yang rindukan kampung halaman. Amyitis, anak kepada Raja dari kerajaan Medes, telah berkahwin dengan Nebuchadnezzar untuk menjalinkan hubungan kerjasama di antara dua negara. Negara dari mana dia datang adalah sebuah kawasan yang subur menghijau dan berbukit-bukau tetapi malangnya dia terpaksa berpindah ke kawasan yang rata dan tandus berbatu di Mesopotamia (sebuah kawasan di barat daya Asia) yang menyebabkan dia bersedih. Maka, raja memutuskan untuk membina keadaan seperti kampung halamannya di sebuah bukit tiruan yang berbumbungkan kebun-kebun dan taman.
Taman Tergantung sebenarnya tidaklah betul-betul "tergantung" seperti terikat dengan tali. Namanya datang dari terjemahan yang kata Yunani kremastosatau kata Latin pensilis, yang bermaksud bukan hanya "tergantung” tetapi "anjung," seperti terletak di atas beranda atau suatu teres.
Ahli geografi Yunani Strabo, yang memperihalkan tentang taman itu pada kurun pertama Sebelum Masihi, menulis "Taman tersebut adalah segi empat sama “quadrangular”, dan setiap sisi adalah sepanjang empat plethra. Ia mempunyai teres yang bertutup dalam keadaan menaik di atas yang lain, dan dipasakkan dengan tiang berbentuk petak. Semua itu berongga yang berisi tanah untuk membenarkan pokok-pokok besar untuk ditanam. Tiang-tiang, ruang dan teres-teres dibina dari bata yang dibakar dan simen tampalan."
Jika taman itu wujud, ia akan mempamerkan suatu pemandangan yang menarik: Bukit buatan yang subur menghijau memberi kelainan dari yang lain di sekelilingnya yang tandus.
"Pendekatan terhadap Taman itu ibarat pinggir bukit dan sebahagian dari struktur binaan menaik antara satu dengan lain tingkat demi tingkat... Di atas semua ini, tanah telah diletakkan dan telah ditanamkan pohon-pohon dengan lebatnya dengan setiap jenis yang, dengan saiznya yang besar dan menarik, memberikan kesenangan kepada pemiliknya... Air dinaikkan dengan banyaknya dari sungai walaupun tiada siapapun di luar yang dapat melihatnya." — Diodorus Siculus

7) Menara Condong Pisa yang terletak di Itali.

Menara Condong Pisa (Bahasa ItaliTorre pendente di Pisa) atau Menara Pisa (La Torre di Pisa) merupakan menara loceng, atau menara genta berdiri bebas, bagi gereja besar bandar Pisa di Itali. Menara ini terletak di sebalik gereja besar dan merupakan struktur ketiga yang dibina di Piazza del Duomo ("Dataran Gereja") di Pisa.
Meskipun sepatutnya berdiri betul-betul tegak, namun menara ini mula condong ke arah tenggara sejurus selepas bermulanya pembinaan pada tahun 1173 kerana asasnya yang lemah dan substrat longgar yang membolehkan asas menara beranjak arah. Kini, menara ini condong ke arah barat daya.
Menara Pisa tingginya 55.86 m (183.27 kaki) dari tanah di sisi terendahnya dan 56.70 m (186.02 kaki) di sisi tertingginya. Lebar dinding di tapak menara ini ialah 4.09 m (13.42 kaki) sementara di aras atas pula lebarnya 2.48 m (8.14 kaki). Beratnya dianggarkan kira-kira 14,500 tan metrik (16,000 tan pendek). Menara ini mempunyai 296 atau 294 anak tangga; aras ketujuhnya kekurangan dua anak tangga di tangga yang menghadap ke udara. Menara ini condong sebanyak 3.97 darjah[1]. Ini bererti puncak menara berada 3.9 meters (12 kk 10 in) dari kedudukan sepatutnya seandainya menara ini berdiri tegak