Pages

Monday, March 12, 2012

10 Senarai Bangunan Tertinggi di Dunia

1. Burj Khalifah, Dubai, Emeriah Arab Bersatu.


Merupakan sebuah pencakar langit teramat tinggi yang didirikan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu, dan juga struktur binaan manusia tertinggi yang pernah dibina dalam sejarah, pada 828m. Bangunan ini mempunyai 163 tingkat dan pembinaannya mengambil masa selama lebih kurang 5 tahun. Siap dibina pada tahunn 2009.

Burj Khalifah telah dirasmikan pembukaannya pada 4 Januari 2010. Bangunan ini mempunyai lift tercepat dengan kecepatan 60 km / jam. Bangunan ini memiliki rekod lantai terbanyak: 163 lantai (sebelumnya dipegang oleh Willis Tower dan World Trade Center – 110 Lantai).















2. Taipei 101, Taipei Taiwan.
Taipei 101 ialah sebuah pencakar langit yang mempunyai 101 tingkat dan terletak di ibu kota Taiwan iaitu Taipei. Mempunyai ketinggian setinggi 509m.  Mula dibina pada tahun 1999 dan siap pada tahun 2004. Dibuka secara rasmi pada 31 December 2004.

Bangunan ini mempamerkan penggunaangentian optik dan capaian internet menggunakan satelit yang mencapai kelajuan sehingga 1 gigabit per saat. Lifnya mampu membawa pengunjung daripada tingkat bawah ke tingkat 89 dalam masa kurang daripada 39 saat. Pengunjung juga boleh menaiki tangga ke balai pemerhati di tingkat ke-91. Sebuah teknologi mengawal kesan bencana alam terletak di tingkat ke-88 mampu mengawal kestabilan bangunan terhadap ancaman gempa bumi, taufan, dan angin. Teknologi ini mampu mengurangkan sehingga 40% pergerakan menara.




















3. Pusat Kewangan Dunia Shanghai, China



Pusat Kewangan Dunia Shanghai adalah menara mega tinggi yang terletak di Shanghai, China. Menara ini mempunyai pelbagai kegunaan seperti pejabat, hotel, muzium, geladak pemerhati, medan letak kereta dan kedai.

Menara pencakar langit tersebut ini mencapai ketinggian 494.4m dan siap dibina pada tahun 2008. Dibuka secara rasmi pada 30 ogos 2008. Ia juga mempunyai 101 bilangan tingkat



Features yang paling khas dari design bangunan adalah lubang berukuran besar di puncak yang bertujuan untuk mengurangkan tekanan angin. Bangunan ini letaknya bersebelahan dengan Jin Mao Tower.









4. Pusat Perdagangan Antarabangsa, Hong Kong

Pusat Perdagangan Antarabangsa, Hong Kong ini mempunyai bilangan tingkat sebanyak 118 tingkat, dan setinggi 484m. Buat masa ini, ia merupakan bangunan keempat tertinggi di dunia serta bangunan tertinggi di Hong Kong.

Pembinaannya bermula pada tahun 2007 dan dibangunkan secara berperingkat dari 2007 hingga 2010. Menara ini dibuka pada tahun 2011, dengan pembukaan Hotel Ritz-Carlton pada akhir Mac dan balai cerap pada awal bulan April.



















5. Menara Berkembar Petronas (KLCC), Kuala Lumpur, Malaysia


Menara Kembar Petronas (juga dikenal sebagai Petronas Tower atau KLCC) adalah Bangunan pencakar langit dan menara kembar di Kuala Lumpur, Malaysia. Mula dibina pada tahun 1992 dan siap pada tahun 1998. Menara ini dibuka secara rasmi semasa sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-42 iaitu 31 Ogos 1999

Menara Kembar Petronas adalah bangunan tertinggi di dunia selama enam tahun, sejak 1998 sampai Taipei 101 selesai pada tahun 2004, tapi tetap merupakan bangunan kembar tertinggi di dunia. Bangunan ini memiliki ketinggian 452 meter dengan 88 tingkat.












6. Nanjing Greenlad Financial, China
Nanjing Greenland Financial ComplexNanjing Greenland Financial Center atau (Greenland Square Zifeng Tower) bangunan pencakar langit setinggi 450 meter yang siap dibina pada April 2010 di Nanjing, China. Bangunan 89 tingkat terdiri daripada ruang runcit dan pejabat di bahagian yang lebih rendah, restoran dan balai cerap awam berhampiran atas.
Menara yang menghadap ke Tasik Xuanwu, menjadi bangunan kedua tertinggi di China dan bangunan 5 tertinggi di dunia apabila mendahului pada tahun 2008. Dek pemerhati di tingkat 72, 287 m (942 kaki) di atas tanah, memberikan pemandangan yang tidak terhalang kepada panorama Nanjing dan Sungai Yangtze berdekatan, dua tasik dan gunung Ningzheng Ridge.







7. Menara Willis, Chicago Amerika Syarikat
Willis Tower, sebelumnya bernama Sears Tower, adalah bangunan 108 tingkat dengan ketinggian 442 m di Chicago, Illinois. Semasa pembinaanya siap pada tahun 1974, ia merupakan bangunan tertinggi di dunia, melepasi Menara World Trade Center di New York. Rekod ini dipegang selama hampir 25 tahun. 

Meskipun hak Sears terhadap penamaan berakhir pada tahun 2003, bangunan ini terus disebut Sears Tower selama beberapa tahun. Pada bulan Mac 2009, Willis Group Holdings Ltd, setuju untuk menyewakan sebagian bangunan dan memperoleh hak penamaan gedung. Pada tanggal 16 Julai 2009, bangunan ini rasmi berganti nama menjadi Willis Tower.













8. Guangzhou International Financial Center, China

Bangunan ini memiliki 103 tingkat dengan ketinggian setinggi 440 m. Struktur bangunan dirancang oleh Wilkinson Eyre, dan pembinaan bermula pada Desenber 2005. Bangunan pencakar langi ini telah siap dibina pada tahun 2010 yang memuatkan pusat konferensi, hotel dan pejabat. 

Tingkat 1-66 digunakan untuk ruang pejabat, tingkat 67-68 adalah peralatan mekanik, tingkat 69-98 merupakan Hotel Four Seasons dan di tingkat 99 dan 100 akan ada sebuah dek observasi. Lobi hotel ini terletak di tingkat 70.














9. Menara Jin Mao, Shanghai China


Jin Mao Tower ("Bangunan Kesempurnaan Emas") adalah mercu tanda bangunan pencakar langit 88 tingkat setinggi 421m di kawasan Lujiazui daerah Pudong Shanghai, Republik Rakyat China. 

Ia mengandungi pejabat dan hotel Shanghai Grand Hyatt. Sehingga tahun 2007, ia adalah bangunan tertinggi di Republik Rakyat China. Tingginya telah dikalahkan oleh Pusat Kewangan Dunia Shanghai pada 14 Desember 2007, yang terletak di sebelah bangunan ini. 















10.International Finance Center, Hong Kong
International Finance Centre merupakan pembangunan bersepadu perdagangan di kawasan dermaga Daerah Central di Hong Kong. IFC terdiri daripada dua bangunan pencakar langit, IFC Mall, dan 55 tingkat Four Seasons Hotel Hong Kong. Tower 2 adalah bangunan kedua tertinggi di Hong Kong, di selepas Pusat Perdagangan Antarabangsa di West Kowloon. 

Mempunyai ketinggian setinggi 416.8m dan siap pada tahun 2003. Pada 2003, Financial Times Kewangan, HSBC, dan Cathay Pacific meletakkan iklan pada permukaan bangunan yang menjangkau lebih daripada 50 tingkat, yang meliputi 1 kawasan dari 19.000 m² (0.2 juta persegi ka) dan  panjang 230m, menjadikannya iklan di dunia terbesar pernah diletakkan pada pencakar langit.







No comments:

Post a Comment